Saat manis majlis pernikahan,berbedak,persandingan dan acara berambil-ambilan tidak akan lengkap tanpa mengabadikan kenangan2 manis itu didalam album. Semua itu akan terlaksana dengan sentuhan kreativiti G.T.P yang sudah lama mengikuti pengambaran dalam adat resam Perkahwinan Melayu ditanah ayer Brunei Darussalam ini....

Contact me

Secara ringkas, Golden Turtle Production telah didaftarkan pada 15hb December 2005 oleh seorang jurugambar amatur tempatan Musa Manggai, menceburi diri dalam arena perhikmatan fotografi perkahwinan dengan berbekalkan self kretiviti shot dan mahir didalam bidang digital photography, photo layout & design. Sebelum menubuhkan Golden Turtle Production, Musa telah merakam gambar perkahwinan sejak lebih dari setengah dekad yang lepas. Beliau pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang fotografi dari DETC Washington (Under Pennsylvania state board of private licensed school) dan memperolehi ijazah Diploma in Photography. Beliau aktif mengikuti pertandigan fotografi dalam mau pun luar negara, pernah memenangi beberapa pertandingan fotografi didalam tanah ayer dan pernah mengadakan ceramah ” Introduction to digital photography” di SEMEO VOCTECH tahun 2006. Selain itu gambar beliau juga pernah dipamerkan semasa 50 tahun golden Jubilee pameran gambar di Sri Lanka, diabadikan dalam ‘Bisaya Journey’ terbitan Sarawak Foundation dan selain itu beliau juga banyak mendapat tunjuk ajar secara peribadi dari beberapa orang jurugambar terbaik tanahair.
Secara dekat GTP memberi khimat yang terbaik dengan secara kontemporari style menceritakan betapa manis nya kenangan majlis hari perkahwinan anda dengan gambar2 yang natural; emosi, keseronokan majlis, dan sedikit liputan menarik mengenai anda dan famili menitik beratkan betapa sayang nya mereka terhadap anda.
Selain memberi khimat gambar yang terbaik,GTP juga menitik beratkan bentuk serta jenis album yang dimahukan oleh pelangannya mengikut kemampuan anda. Pelbagai pilihan boleh anda pilih dari jenis album 4R traditional, Photobook ( pelbagai jenis dan size) dan Hardcover design album.

Selain dari majlis perkahwinan, GTP juga membuat pengambaran majlis majlis seperti mandi belawat,Majlis hari jadi, corporate events, exhibitions, press conferences, product launches,Majlis makan malam and Hari Keluarga.